Wednesday 30 November 2011

Fikirkan lah

Saturday, January 16, 2010

Satu Permulaan Perang Akhir Zaman - Islam vs Yahudi


Saya paparkan ucapan Geert Wilders, seorang ahli Parlimen Belanda dan juga pengerusi Party of Freedom, ketika berucap di satu conference yang diadakan di New York. Beliau melancarkan satu gerakan bagi menghadapi apa yang dikatakannya ancaman jihad dari penganut agama Islam dunia.

Kita perlu sedar bahawa gerakan bagi mengerahkan kumpulan menentang kehadiran umat Islam di serata dunia sedang berlaku di mana ia merupakan satu titik tolak pertembungan antara dua ideologi, iaitu ideologi ciptaan manusia dan satu lagi ialah Ad-Din Nul Hayah, yang diturunkan kepada manusia oleh Allah.


Beliau menganggap Israel atau negara Yahudi merupakan benteng penyelamat umat manusia daripada penaklukan umat Islam yang sedang bergerak laju menguasai dunia. Kewujudan negara Yahudi merupakan sesuatu yang perlu diperjuangkan oleh semua orang yang mempercayai kebebasan demokrasi.

Beliau juga memberikan gambaran bahawa dengan musnahnya bangsa Yahudi dan negara mereka, memberikan satu petanda bahawa tiada sesiapa lagi yang mampu menahan kemaraan bangsa umat Islam dari menakluki dunia ini. Sila baca petikan ucapan di bawah dan bawa berfikir segala yang dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Quran:


No comments:

Post a Comment